Download PDFOpen PDF in browserCurrent version
EN
The title and the abstract of this preprint are also available
in English

Penerapan Awal Persekitaran Dari Aspek Pengetahuan Dan Sikap Terhadap Pembentukan Tingkah Laku Selamat Murid

EasyChair Preprint 7876, version 1

Versions: 12history
11 pagesDate: May 1, 2022

Abstract

Kertas konsep ini membincangkan penglibatan faktor persekitaran sekolah dalam menangani isu keselamatan berkonsepkan pembentukan tingkah laku selamat di peringkat awal murid. Bertitik tolak atas penelitian kepada kecenderungan perilaku orang dewasa melakukan kesalahan tindakan tingkah laku, kajian ini akan meninjau sejauh mana sokongan lingkungan persekitaran murid dari aspek budaya persekitaran sekolah dalam penyediaan penyesuaian tingkah laku keselamatan di peringkat awal menyumbang kepada pemutusan rantaian tingkah laku tidak selamat. Berasaskan penaakulan ke hadapan dengan pertimbangan kepada teori terhadap hubungan intervensi konstruk-konstruk kepada aspek utama, penyerapan unsur pengetahuan dan sikap akan dikekalkan serta menjadi sebahagian pengalaman tingkah laku individu di sepanjang kehidupan mereka. Tahap penguasaan pengetahuan dan sikap yang digeneralisasikan kepada tingkah laku sebagai pengalaman faktor dorongan dalaman yang mereka ikuti semasa di peringkat sekolah rendah dijadikan indikator terhadap sejauh mana aspek ini diterapkan kepada murid di persekitaran sekolah. Hasil pembentukan awal tingkah laku keselamatan ini dijangka secara langsung memberi kesan timbal balik kepada pemutusan rantaian kecenderungan kesalahan tindakan tingkah laku individu. Bagi tujuan tersebut, kajian ini akan mensasarkan murid sekolah menengah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Keyphrases: Pengetahuan, Persekitaran, pembentukan tingkah laku selamat, sikap

BibTeX entry
BibTeX does not have the right entry for preprints. This is a hack for producing the correct reference:
@booklet{EasyChair:7876,
  author    = {Rajap Matusin and Mohd Khairuddin Abdullah},
  title     = {Early Application of the Environment from the Aspects of Knowledge and Attitude Towards the Formation of Student Safe Behavior},
  howpublished = {EasyChair Preprint 7876},
  year      = {EasyChair, 2022}}
Download PDFOpen PDF in browserCurrent version