Download PDFOpen PDF in browserPenerapan Awal Persekitaran Dari Aspek Pengetahuan Dan Sikap Terhadap Pembentukan Tingkah Laku Selamat MuridEasyChair Preprint 7876, version 212 pages•Date: May 10, 2022AbstractKertas konsep ini membincangkan penglibatan faktor persekitaran sekolah dalam menangani isu keselamatan berkonsepkan pembentukan tingkah laku selamat di peringkat awal murid. Bertitik tolak atas penelitian kepada kecenderungan perilaku orang dewasa melakukan kesalahan tindakan tingkah laku, kajian ini akan meninjau sejauh mana sokongan lingkungan persekitaran murid dari aspek budaya persekitaran sekolah dalam penyediaan penyesuaian tingkah laku keselamatan. Penyerapan unsur pengetahuan dan sikap terhadap perubahan tingkah laku bermula di peringkat awal murid dijangka akan menjadi sebahagian pengalaman individu dan dikekalkan di sepanjang kehidupan mereka. Berasaskan penaakulan ke hadapan dengan pertimbangan kepada teori terhadap hubungan intervensi konstruk-konstruk kepada aspek utama, pembentukan awal tingkah laku keselamatan ini dijangka secara langsung memberi kesan timbal balik kepada pemutusan rantaian kecenderungan kesalahan tindakan tingkah laku individu persekitaran sosial. Tahap penguasaan pengetahuan dan sikap murid yang digeneralisasikan kepada tingkah laku dijadikan indikator sejauh mana aspek ini diterapkan semasa mereka di peringkat sekolah rendah. Bagi tujuan tersebut, seramai 291 murid tingkatan dua dari lapan buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan dipilih secara rawak mudah untuk dijadikan sampel dalam kajian ini. Keyphrases: Pengetahuan, Persekitaran, pembentukan tingkah laku selamat, sikap
|